© 2009 Government of Brunei
MAKANAN POPULAR
UDANG GALAH
Udang Galah adalah salah satu makanan yang popular yang sering di cari oleh pelancong daripada luar daerah. Harga sekilo Udang Galah di antara RB$12.00 sehingga RB$14.00.
WAJID TEMBURONG
Diperbuat daripada beras dan kemudiannya dimasak dengan gula anau dan santan dan seterusnya di bungkus dengan daun yang dipanggil Daun Nyirik.
CENDOL TEMBURONG
Cendol diperbuat daripada tepung beras dicampur dengan air dan pewarna berwarna hijau kemudiannya dimasak. Apabila telah masak cendol tersebut dibentuk menjadi kecil dan kemudiannya di campurkan dengan air yang sejuk.Cendol bolehlah dihidangkan dengan air santan yang telah dimasak dengan gula ataupun dengan air gula anau.
BERAS ORGANIK
Salah satu makanan yang popular yang selalu mendapat sambutan ialah beras organik seperti beras bario, beras adan, beras pusu dan beras bandul beminyak. Ia terkenal dikalangan pelancong luar daerah.
English
Bahasa Melayu