© 2009 Government of Brunei
DAERAH TEMBURONG
Daerah Temburong terletak di sebelah timur Bandar Seri Begawan. Keluasan Daerah Temburong ialah 1,306 kilometre persegi. Daerah Temburong mempunyai reputasi yang mana ia adalah salah satu destinasi pelancongan yang mengandungi flora dan fauna dan hutan yang hijau.
Untuk tiba ke Daerah Temburong ada dua cara; melalui air iaitu pengangkutan perahu laju dan darat iaitu melalui Daerah Limbang, Sarawak. Untuk tiba di Daerah Temburong melalui pengangkutan perahu laju ialah selama 45 minit dan melalui Daerah Limbang selama 1 1/2 jam jikalau tiada kesesakan lalu lintas di Kawasan Sempadan.
Perkhidmatan Pengangkutan Perahu Laju bermula pada jam 06.00 pagi sehingga 04.30 dengan harga tiket sebanyak $5.00 bagi penuntut sekolah dan $6.00 untuk dewasa, sekali laluan. Begitu juga perkhidmatan Feri, yang mana ia bermula pada jam 06.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 malam dengan bayaran mengikut jenis kenderaan.
English
Bahasa Melayu